DURIAN BELANDA
ANAK POKOK DURIAN BELANDA
- Mempunyai isi putih dan biji coklat bersaiz sederhana besar
- Buah hasil senyawaan bunga-bunga tersebut membesar sehingga 30 sm panjang dengan kulit tegap berduri.
- Durian belanda adalah sumber vitamin C, serat, dan kalium yang sangat baik.
- Serat dari buah dapat membantu menggalakkan keteraturan dan mencegah masalah pencernaan seperti sembelit.
- Jus yang dihasilkan daripada durian belanda boleh diminum untuk membantu meredakan demam, membunuh cacing dan sebagai ubat cirit birit.
CARA PENANAMAN :
- Gali dan tabur di dalam lubang Dolomite+CIRP 3 minggu sebelum ditanam.
- Tabur tanah kompos dan gaul tanah.
- Potong polibeg di bahagian bawah dan cabut dengan berhati hati.
- Tanam dengan kedalaman setinggi polibeg pokok.
- Penyiraman dan pembajaan secara berkala adalah penting.
- Perlu memastikan ia mempunyai ruang untuk berkembang di atas dan di bawah tanah bagi pembangunan yang optimum.
- Berkembang dalam iklim lembap dan hangat dengan suhu yang konsisten dan tidak tahan kepada keadaan sejuk. Titik penjagaan khas yang penting termasuk mengekalkan kelembapan yang tinggi dan memastikan tanah yang saliran baik untuk mencegah reput akar.
- Pembajaan perlulah dilakukan sekali dalam 3 bulan dengan baja subur NPK 15.15.15 untuk membantu percepatkan pertumbuhan.
- Setelah pokok mula berbunga dan berbuah, tabur baja penggalak bunga dan buah NPK 12.12.17 dan kurangkan baja subur.
No posts found