KANTAN
ANAK POKOK KANTAN
- Bunganya digunakan untuk merawat masalah mulut berbau dan bau badan.
- Perasa tambahan dalam masakan.
- Pokok kantan mula mengeluarkan bunga setelah berumur 9 bulan.
- Daunnya pula bermanfaat untuk merawat luka, cirit-birit dan hilang selera makan.
- Berpotensi Merawat Kencing Manis, mengawal darah tinggi dan juga berpotensi sebagai Antikanser
- Kandungan antioksida yang tinggi dalam tumbuhan ini menjadikan ia sangat baik untuk diamalkan bagi mencegah kerosakan sel.
CARA PENANAMAN
- Iklim kawasan yang cukup lembap dan panas adalah sesuai untuk pertumbuhan pokok yang subur.
- Jarak tanaman ialah 2m di antara barisan dan 1m di dalam barisan.
- Tabur tanah kompos dan gaul tanah.
- Manakala untuk lubang penanaman pula, adalah berukuran 20cm x 20cm x 20cm.
- Potong polibeg di bahagian bawah dan cabut dengan berhati hati.
- Masukkannya ke dalam lubang yang telah digali lalu dipadatkan dengan tanah.
- Gunakan daun-daun kering untuk dijadikan sebagai sungkupan bagi mengelakkan tunas-tunas muda daripada kekeringan
- Waktu penanaman sebaiknya diselaraskan dengan musim hujan bagi mendapatkan pertumbuhan yang sempurna.
- Pembajaan dengan baja organik dan baja tumbesaran NPK 15:15"15 dari tahun pertama hingga tahun ke 3 dan berikan baja NPK 12:12:17:2 untuk mengeluarkan bunga dan buah.
PEMBELIAN
- Maksimum membelian 1-3 pokok untuk satu pembelian.
- Saiz pokok di dalam gamba tidak menggambarkan saiz sebenar benih, saiz anak benih berubah mengikut stock yang ada.
- Pokok akan dibungkus didalam kotak dan diikat bagi tujuan keselamatan.
PENGHATARAN
- Buka kotak bungkusan sebaik sahaja diterima.
- Jika pokok mengalami kerosakan atau mati, sila maklumkan kepada kami beserta pembuktian gamba dan video.
- Pemulangan semula tidak diterima sekiranya lambat membuka bungkusan.
No posts found