LIMAU NIPIS

RM15.00
Stocks Available: 15 item(s)
+
BBshoppe MARDI

ANAK POKOK LIMAU NIPIS

  • Buahnya dijadikan air minuman yang menyegarkan dan juga dicampur dalam masakan.
  • Buahnya berbentuk kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. 
  • Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam.
  • Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.
  • Boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.
  • Anak pokok tut 
  • Ketinggian: 3-4 kaki.
  • Cepat berbuah,berbuah lebat,
  • Berkulit nipis.

CARA PENANAMAN : 

  • Gali dan tabur di dalam lubang Dolomite + CIRP 3 minggu sebelum ditanam.
  • Tabur tanah kompos dan gaul tanah.
  • Potong polibeg di bahagian bawah dan cabut dengan berhati hati.
  • Kambus anak benih hingga paras tinggi sikit daripada media asal polibag.
  • Taburkan bahan organik di sekeliling tanah anak benih.
  • Pastikan jarak lubang antara satu dengan yang lainnya paling kurang 11meter supaya nanti tanaman akan tumbuh dengan baik. 
  • Jika anak benih sudah berbuah, buang semua buah tersebut kerana jika tidak di buang, ia boleh merencatkan tumbesaran pokok.
  • Siram air dengan secukupnya. Ulang setiap 1-3 hari sekali. Eloknya siram waktu pagi.
  • Pembajaan perlulah dilakukan sekali dalam 3 bulan dengan baja subur NPK 15.15.15 untuk membantu percepatkan pertumbuhan.
  • Setelah pokok mula berbunga dan berbuah, tabur baja penggalak bunga dan buah NPK 12.12.17  dan kurangkan baja subur.

No posts found

Have you used the product?

Tell us something about it and help others to make the right decision

Write a review
Fast and high quality delivery

Our company makes delivery all over the country

Quality assurance and service

We offer only those goods, in which quality we are sure

Returns within 30 days

You have 30 days to test your purchase