LONGAN BERLIAN
ANAK POKOK LONGAN BERLIAN
- Longan berlian memiliki rasa yang manis.
- Mula berbuah selepas 1 ke 2 tahun.
- Mengeluarkan hasil yang lebat selepas 4 tahun ditanam.
- Saiz buah sederhana tetapi lebat dan berbuah hampir sepanjang tahun.
- Memerlukan cahaya matahari yang cukup.
- Pokok rendah, penjagaan yang mudah dan boleh ditanam dalam pasu.
- Kadar kalori rendah dan kaya dengan vitamin B & C.
- Pembiakan vegetatif melalui teknik cantuman tut.
CARA PENANAMAN :
- Gali dan tabur di dalam lubang Dolomite + CIRP 3 minggu sebelum ditanam.
- Tabur tanah kompos dan gaul tanah.
- Potong polibeg di bahagian bawah dan cabut dengan berhati hati.
- Kambus anak benih hingga paras tinggi sikit daripada media asal polibag.
- Taburkan bahan organik di sekeliling tanah anak benih.
- Pastikan jarak lubang antara satu dengan yang lainnya paling kurang 11meter supaya nanti tanaman akan tumbuh dengan baik.
- Siram air dengan secukupnya. Ulang setiap 1-3 hari sekali. Eloknya siram waktu pagi.
- Pembajaan perlulah dilakukan sekali dalam 3 bulan dengan baja subur NPK 15.15.15 untuk membantu percepatkan pertumbuhan.
- Setelah pokok mula berbunga dan berbuah, tabur baja penggalak bunga dan buah NPK 12.12.17 dan kurangkan baja subur.
- Taburkan baja biji dengan sukatan 1/4 (suku) sudu dan jarakkan dari pangkal pokok.
No posts found