RAMBUTAN MUTIARA WANGI
ANAK POKOK RAMBUTAN MUTIARA WANGI (GB-28)
- Mempunyai isi yang tebal dan manis serta lekang selain mempunyai aroma yang ketara.
- Kulitnya yang juga mudah dikupas dengan saiz bijinya yang kecil.
- Mempunyai tempoh matang untuk berbuah lebih pendek iaitu kira-kira dua tahun sahaja.
- Saiz pokok yang rendang dan dapat menghasilkan buah lebih awal.
- Buahnya adalah bujur berwarna merah gelap dengan warna rambut merah yang agak panjang.
- Mutiara wangi berbuah awal musim, hasil tinggi serta isi beraroma, rangup dan kering selain lekang dengan hanya sedikit testa terlekat pada isi.
CARA PENANAMAN
- Gali dan tabur di dalam lubang Dolomite + CIRP 3 minggu sebelum ditanam.
- Tabur tanah kompos dan gaul tanah.
- Potong polibeg di bahagian bawah dan cabut dengan berhati hati.
- Kambus anak benih hingga paras tinggi sikit daripada media asal polibag.
- Taburkan bahan organik di sekeliling tanah anak benih.
- Pastikan jarak lubang antara satu dengan yang lainnya paling kurang 11meter supaya nanti tanaman akan tumbuh dengan baik.
- Siram air dengan secukupnya. Ulang setiap 1-3 hari sekali. Eloknya siram waktu pagi.
- Pembajaan perlulah dilakukan sekali dalam 3 bulan dengan baja subur NPK 15.15.15 untuk membantu percepatkan pertumbuhan.
- Setelah pokok mula berbunga dan berbuah, tabur baja penggalak bunga dan buah NPK 12.12.17 dan kurangkan baja subur.
- Taburkan baja biji dengan sukatan 1/4 (suku) sudu dan jarakkan dari pangkal pokok.
PEMBELIAN
- Maksimum membelian 1-3 pokok untuk satu pembelian.
- Saiz pokok di dalam gamba tidak menggambarkan saiz sebenar benih, saiz anak benih berubah mengikut stock yang ada.
- Pokok akan dibungkus didalam kotak dan diikat bagi tujuan keselamatan.
PENGHATARAN
- Buka kotak bungkusan sebaik sahaja diterima.
- Jika pokok mengalami kerosakan atau mati, sila maklumkan kepada kami beserta pembuktian gamba dan video.
- Pemulangan semula tidak diterima sekiranya lambat membuka bungkusan.
No posts found