DOLO-AIR
DOLO-AIR merupakan produk baru yang dihasilkan oleh Syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. dengan mengekalkan komponen, kebaikan serta faedah yang sama seperti produk sedia ada, namun dalam bentuk cecair yang telah dipertingkatkan.
Kandungan kalsium dan magnesium yang tinggi dikekalkan kerana ini adalah komponen terbaik untuk mengekalkan hasil yang optimum untuk setiap kali penggunaan.
Didatangkan dalam medium cecair, DOLO-AIR ini bertujuan untuk mengurangkan keasidan tanah dengan lebih cepat dan dapat digunakan dengan mudah serta mesra alam.
Selamat untuk digunakan dalam pelbagai konteks termasuk tanah pertanian, tanaman, akuakultur, dan pemulihan alam sekitar.
Dengan keupayaannya mengurangkan keasidan tanah, DOLO-AIR membantu membaiki struktur tanah, meningkatkan pengudaraan, dan membolehkan tanaman menyerap nutrien dengan lebih efisien.
Selain itu, ia juga berperanan dalam menstabilkan pH tanah, memperbaiki proses fotosintesis, serta mencegah pertumbuhan kulat dan lumut.
Untuk aplikasi dalam kolam dan ternakan air pula, produk ini dapat membersihkan kolam, membunuh patogen, dan meningkatkan kualiti air dengan meneutralkan bahan berbahaya.
DOLO-AIR juga membantu meningkatkan penembusan cahaya matahari ke dasar kolam, membolehkan phytoplankton berkembang biak sebagai sumber makanan ternakan.
Produk ini adalah pilihan yang selamat dan efektif untuk meningkatkan kesihatan tanah, tanaman, dan persekitaran secara keseluruhan.
TATACARA APLIKASI
Curahan terus ke tanah, sawah, kolam akuakultur dan kolam kumbahan
Semburan ke atas tanaman
Titisan Fertigasi
Curahan dan semburan bagi rawatan alam sekitar
TATACARA BANCHUAN.
SAWAH PADI
1 Liter DOLO-AIR : 20 Liter Air
(16 Liter DOLO-AIR/Ekar)
KOLAM
10 Liter DOLO-AIR : 20 Liter Air
POKOK BUAH-BUAHAN
1 Liter DOLO-AIR : 15 Liter Air
No posts found