BIJI BENIH CILI L5
BIJI BENIH CILI L5 CAPSICUM ANNUUM
- Varieti cili baharu L5 dibangunkan melalui kaedah Pemilihan Biji Tunggal (SSD) hasil kacukan antara dua induk terpilih iaitu Ch 234-14 dan Ch 231.
- Cili L5 mempunyai saiz pokok yang sederhana iaitu kurang 100 cm tinggi dengan lebar kanopi lebih kurang 90 cm bagi pokok yang matang sepenuhnya.
- Pokok cili L5 menunjukkan ciri berbuah lebat dan penghasilan buah serentak di samping tangkai buah yang mudah ditanggalkan.
- Warna buah adalah hijau sebelum matang dan merah selepas matang.
- Berat buah cili L5 adalah lebih 16.0 g dengan panjang melebihi 13 cm dan diameter melebihi 2.0 cm.
- Varieti cili L5 juga mempunyai warna dan sifat pengekalan warna yang baik, sederhana pedas dan rasanya yang unik dan sedap menjadikan ia sesuai untuk diproses.
No posts found